Tambahan pilihan Protokol Pindahan Mel Mudah

Sungguhpun pilihan dan tidak ditunjukkan dalam contoh ini, banyak pelanggan meminta pelayan bagi sambungan SMTP yang disokong oleh pelayan, dengan menggunakan kod ucapan EHLO bagi spesifikasi SMTP tambahan (RFC 1870). Pelanggan balik kepada kod HELO hanya jika pelayan tidak bertindak balas kepada kod EHLO.

Pelanggan moden mungkin menggunakan kata kunci sambungan ESMTP extension SIZE bagi menanya pelayan bagi saiz maksima perutusan yang diterima. Pelanggan dan pelayan lebih tua mungkin cuba menghantar perutusan bersaiz melampau yang akan ditolak selepas memakan sumber jaringan, termasuk masa sambungan kepada sambungan jaringan yang dibayar mengikut minit.

Pengguna boleh menentukan awal lagi secara manual saiz yang diterima oleh pelayan ESMTP. Pelanggan menggantikan perintah HELO dengan perintah EHLO.

S: 220 smtp2.example.com ESMTP PostfixC: EHLO bob.example.orgS: 250-smtp2.example.com Hello bob.example.org [192.0.2.201]S: 250-SIZE 14680064S: 250-PIPELININGS: 250 HELP

Dengan itu smtp2.example.com mengistiharkan bahawa ia akan menerima saiz perutusan maksima tetap tidak melebihi 14,680,064 Octet (8-bit bite). Bergantung kepada kegunaan sumber pelayan sebenar, ia mungkin tidak mampu menerima perutusan sebesar ini. Dalam kes mudah, pelayan ESMTP akan mengistiharkan SAIZ maksima hanya dengan campur tangan pengguna EHLO.

Rujukan

WikiPedia: Protokol Pindahan Mel Mudah http://openmap.bbn.com/~tomlinso/ray/firstemailfra... http://openmap.bbn.com/~tomlinso/ray/ka10.html http://www.CheckTLS.com/TestReceiver?LEVEL=2 http://www.eventhelix.com/RealtimeMantra/Networkin... http://luxsci.com/extranet/articles/email-security... http://www.opost.com/dlm/tenex/ http://www.vanemery.com/Protocols/SMTP/smtp.html http://tools.ietf.org/html/draft-barber-uucp-proje... http://www.ietf.org/html.charters/eai-charter.html http://www.multicians.org/thvv/mail-history.html